Jumaat, 23 November 2012

Tatabahasa -- Kata Seru

Hari ini telah pergi ke sekolah saya mengajar kelas tambahan untuk murid-murid tahun 5 yang akan menghadapi Peperiksaan UPSR pada tahun depan, 2013. Olehsebab kelas saya ini ialah murid yang agak lemah dalam Bahasa malaysia, jadi saya pun mengajar mereka dengan cara ansur maju. Di bawah ialah latihan kata Seru yang saya sediakan untuk mereka.

Latihan Kata Seru.
1. _______, saya Mona! Selamat berkenalan. ( Wah , Hai )

2. _______, berani kau mencuri pensel saya! ( Eh , Cis )

3. _______, malangnya nasib anak yatim piatu itu! ( Aduhai , Wahai )

4. _______, besarnya gajah itu! ( Wah , Hai )

5. _______, Ahmad! bagaimanakah kamu datang ke sini? ( Eh , Cis )

6. _______, cucu-cucuku, rajinlah belajar untuk mendapat keputusan yang cemerlang.
    ( Aduhai , Wahai )

Kata Seru yang saya mengajar ialah Wah, Hai, Eh, Cis, Aduhai dan Wahai. Cuma 6 kata seru yang saya ajar adalah bagi memudahkan mereka mengingatkan dan memupuk semangat kepada mereka..
Selepas habis kelas tambahan saya , anak murid saya semuanya senyum kerana mereka telah memahami erti kata seru yang digunakan. Saya sangat gembira.

Isnin, 5 November 2012

Kata Ganti Nama

Kata Ganti Nama Diri

Dibahagi kepada
 1. Kata Ganti Nama Diri Pertama
     cth : aku, patik, Beta, hamba, kami, kita ...

2. Kata Ganti Nama Diri Kedua
    cth : awak, kamu, engkau, encik, saudara, saudari, kalian, kamu ...

3. Kata Ganti Nama Diri Ketiga
    cth : mereka, beliau, -nya, ia ...

Latihan

1. Adik Lily berusia lapan tahun. ___________ pandai membaca.

2. Perompak itu berjaya diberkas oleh polis. __________ akan didakwa di mahkamah nanti.

3. Farah dan Fatimah belajar di Tahun Tiga Merah. ___________ ialah kawan baik.


SELAMAT BERCUBA!!!

Selasa, 9 Oktober 2012

Kata Adjektif

Kata Adjektif
- digunakan untuk menerangkan sifat atau keadaan seseorang, benda, binatang, tempat dan sebagainya.

Contoh:


  • Perasaan : marah , sayang , gembira , segan...
  • Cara : laju , gopoh , lambat , deras...
  • Bentuk : kemik , bengkok , bulat , leper...
  • Jarak : jauh , dekat , hampir...
  • Ukuran : luas , sempit , panjang , pendek...
  • Waktu : awal , silam , lampau , segera...
  • Warna : biru , merah , hijau , kuning...
  • Pancaindera : masin , masam , kasar , lembut...
  • Sifat / Keadaan : baik , bijak , takut , garang , tegak...

Jumaat, 28 September 2012

Kata Kerja

Kata kerja boleh dibahagikan kepada

kata kerja transitif dan kata kerja tak transitif

Kata kerja digunakan untuk menerangkan sesuatu perbuatan atau pekerjaan yang dilakukan.

Kata Kerja Transitif:
mesti disertai objek untuk membentuk ayat yang sempurna.

Bentuk-bentuknya:

  • kata dasar - makan, minum, 
  • imbuhan awalan dan apitan - membaca, menulis


Kata Kerja Tak Transitif
tidak memerlukan objek untuk melengkapkan maksudnya.

Bentuk-bentuknya:

  • kata dasar - koyak, bocor
  • imbuhan awalan dan apitan - bermain, berlari
  • imbuhan awalan men- - mendarat

Hari Pertama menggunakan Blogger.....

29/09/2012     Hari Sabtu

Hari ini pertama kali memulakan " Blogger Life " saya. Rakan-rakan sekelas saya semua dalam keadaan cemas kerana kami tidak pernah melakukan tugasan ini.

Selepas penerangan yang sangat jelas daripada En.Zaidi,  beliau merupakan seorang pensyarah yang ramah mesra,segala soalan kami, beliau menjelaskannya tanpa menunjukkan muka kepada kami..^^

Harap-harap rakan-rakan sekalian sama maju dalam membina blog baru!